KUALA LUMPUR - Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) meliputi pembantu rumah yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia ditunda pada 1 April ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata, sebelum ini majlis menandatangani MoU itu dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat ini, namun ditunda bagi membolehkan kedua-dua pemimpin negara hadir menyaksikan MoU itu.