JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mengucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Johor Ke-19.
Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor turut menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama membina Johor menjadi lebih makmur.
Iklan
Iklan
"Seperti yang saya telah nyatakan, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Takzim.
"Kini masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur.
"Insya-ALLAH di bawah kepimpinan baharu Johor yang kita cintai ini akan menjadi lebih makmur dan sejahtera," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook pada Selasa.