Usul 30 peratus kerusi untuk calon wanita

Iklan
Norliza

GEORGETOWN - Wanita UMNO akan terus memperjuangkan agenda 30 peratus kerusi untuk calon wanita bagi menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd Rahim berkata, usul itu akan dibawa oleh perwakilan dari setiap negeri pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan hampir semua calon wanita yang bertanding menang dan dipilih sebagai wakil rakyat membuktikan wanita juga boleh memimpin serta menjadi pembuat keputusan.

"Kemenangan wanita di PRN Johor adalah manifestasi kepada keyakinan terhadap kepimpinan wanita yang berdedikasi, serba boleh dan jujur menjalankan tanggungjawab.

Iklan

"Statistik pula menunjukkan separuh daripada populasi penduduk di negara ini terdiri daripada wanita malah UMNO juga wanita mempunyai ahli paling ramai iaitu 1.3 juta orang.

"Jadi saya lihat sudah tiba masanya wanita diberikan kesaksamaan gender termasuk diberikan tempat untuk menjadi calon pada PRU akan datang terutama di kawasan yang boleh kita menang nanti," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kelengkapan pelajar menerusi program ‘Back To School 2022’ anjuran UDA di Dewan KOMCA, Universiti Sains Malaysia di sini pada Selasa.

Norliza yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berkata, selepas perkara ini diperjuangkan beberapa tahun lalu akhirnya pucuk pimpinan parti sedar dengan meletakkan calon wanita akan memberi peluang cerah kepada parti memenangi kerusi yang akan dipertandingkan.

Mengulas lanjut Norliza berkata, usul lain dalam mesyuarat itu belum diputuskan dan berharap UMNO menerapkan kembali jati diri parti.

"Kita mahukan ahli parti yang lebih komited, lebih setia pada parti dan tidak mahu ada antaranya 'lompat' sana sini, jadi jati diri itu harus dititikberatkan supaya dapat membantu bagi mendapat tempat di hati rakyat.

"Kita mahu menjadi nadi dan suara kepada rakyat, itu antara yang kita akan bincangkan di peringkat atas dan saya pasti majlis tertinggi akan membuat keputusan terbaik demi UMNO itu sendiri," katanya.