563 kes tipu libat kerugian RM5.3 juta setakat Februari

Iklan
Kamarudin

KUALA LUMPUR - Sebanyak 563 kes jenayah penipuan pinjaman tidak wujud melibatkan jumlah kerugian RM5,311,099.18 dicatatkan sehingga Februari tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din berkata, walaupun kes penipuan pinjaman ini menunjukkan trend penurunan namun jenayah itu menjadi antara kes yang kerap dilaporkan.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan rekod, sejumlah 5,723 kes jenayah ini dicatatkan pada 2010 melibatkan kerugian sebanyak RM60,221,864.31.

"Pada 2021, jumlah kes menurun kepada 4,788 kes dengan kerugian RM50,649,201.67 manakala bagi tahun 2022, sehingga Februari jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 563 kes melibatkan kerugian RM5,311,099.18," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, melalui kajian dijalankan, modus operandi yang digunakan dalam jenayah itu tidak banyak berubah.

"Seramai 6,820 individu terlibat telah ditahan iaitu sebanyak 3,092 individu pada 2020; 3,183 orang pada tahun 2021 dan 545 orang pada Januari hingga Februari 2022.

Iklan

"Kajian dijalankan mendapati sindiket penipuan akan mengiklankan perkhidmatan melalui laman sosial WhatsApp dan seumpamanya," katanya.

Menurutnya, kadar faedah yang rendah dan proses kelulusan pantas antara tawaran yang diberikan bagi memperdayakan mangsa.

"Mangsa yang berminat seterusnya akan diminta membuat sejumlah bayaran atas pelbagai alasan antaranya legal fee, agreement fee dan pelbagai lagi sebelum pinjaman mereka diluluskan.

"Namun setelah bayaran dibuat pinjaman yang dijanjikan tidak diterima," katanya.

Tambahnya, kerjasama semua pihak amat penting dalam usaha membanteras kes ini.

Beliau menjelaskan, kesedaran masyarakat juga amat penting selain tindakan pihak polis dalam membanteras kes penipuan pinjaman menerusi siasatan dan operasi.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan iklan berkaitan pinjaman ini serta melakukan semakan terlebih dahulu berkaitan apa sahaja tawaran pinjaman," katanya.