Biden bersama 12 individu di AS dilarang masuk Rusia

Iklan
Perang retorik Biden terhadap Rusia semakin meningkat sejak kempen pencerobohan ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari lalu. - Foto Agensi

MOSCOW - Rusia pada Selasa melarang Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden daripada memasuki negara itu sebagai tindak balas terhadap siri sekatan ketat yang diumumkan Washington sejak awal bulan lalu.

Antara 12 pegawai kanan lain di bawah pentadbiran Biden yang dikenakan larangan sama ialah Setiausaha Negara, Antony Blinken; Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin; Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns; Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan selain bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar di Moscow bagaimanapun menjelaskan, Kremlin akan mengekalkan hubungan rasmi dengan Washington dan akan memastikan hubungan peringkat tertinggi bersama individu dalam senarai tersebut masih diteruskan jika terdapat keperluan.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan pusingan keempat ke atas Rusia yang melarang eksport barangan mewah dan import produk keluli serta menyasarkan oligarki baharu. - Agensi

Iklan
Iklan