Lagi petugas media asing terkorban di Ukraine

Iklan
Zakrzewski (kiri) pernah membuat liputan tentang konflik antarabangsa termasuk di Iraq, Afghanistan dan Syria. - Foto Agensi

KIEV - Seorang jurukamera Fox News menjadi petugas media asing kedua terkorban dalam insiden serangan di luar Kiev, menurut rangkaian berita berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Fox News Media, Suzanne Scott mengesahkan kematian Pierre Zakrzewski manakala rakannya, Benjamin Hall cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dibedil di Horenka ketika kejadian pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Hall yang merupakan warga Britain masih dirawat di hospital Ukraine.

"Zakrzewski ialah jurugambar zon perang yang pernah membuat liputan tentang konflik antarabangsa termasuk di Iraq, Afghanistan dan Syria.

Iklan

"Bakat dan minatnya yang mendalam sebagai wartawan tiada tandingan," ujarnya.

Difahamkan, mangsa yang berpusat di London telah dihantar untuk bertugas di Ukraine sejak bulan lalu.

Iklan

Pada Ahad lalu, seorang wartawan AS juga maut ditembak manakala seorang lagi jurugambar cedera dalam kejadian pertempuran di Irpin, pinggir Kiev selepas Moscow memperhebatkan serangan mereka.

Mangsa merupakan pembikin video dokumentari tentang isu pelarian global untuk Time Studios yang dikenali sebagai Brent Renaud, 50. - AFP