Nyatakan suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO: Ismail Sabri

Iklan
Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula Rabu hingga Sabtu ini, menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Semoga ALLAH SWT merahmati setiap bibit perjuangan parti keramat UMNO dan mengangkat darjat kebesaran maruah bangsa dan negara.

"UMNO, sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera.

Iklan

Perhimpunan itu yang akan berlangsung secara bersemuka, dijangka dihadiri seramai 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.

Pada Disember lepas, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang sepatutnya berlangsung dari 13 hingga 15 Januari lepas.

Iklan

Penangguhan itu adalah susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir. - Bernama