PM ucap takziah kepada Tuan Ibrahim atas pemergian ibu

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai ibu Tuan Ibrahim, Nik Hasanah Nik Mat meninggal dunia pada petang Selasa

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, di atas pemergian ibunya, Nik Hasanah Nik Mat.

Ismail Sabri menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Twitter malam ini.

Iklan
Iklan

"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” menurut ciapan itu.

Terdahulu Tuan Ibrahim memaklumkan berita itu di laman Facebook beliau.

Iklan

Difahamkan Nik Hasanah, 81, yang merupakan adik kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, meninggal dunia di rumahnya di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang akibat uzur.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu Balai, Jerantut, Pahang pada 10 pagi esok dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu Balai. - Bernama

Iklan