Kenderaan berperisai Rusia musnah kena bedilan tentera Ukraine

Iklan
Kenderaan berperisai tentera Rusia musnah dibedil dari sebuah kenderaan berperisai tentera Ukraine di Mariupol pada Isnin. - Foto Instagram/ Azov Regiment

MARIUPOL - Satu rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan berperisai milik tentera Rusia musnah akibat bedilan tentera Ukraine di bandar Mariupol baru-baru ini.

Rakaman itu dirakamkan dari dalam sebuah kenderaan berperisai tentera Ukraine yang dilengkapi dengan meriam.

Iklan
Iklan

Ketika itu, anggota-anggota tentera Ukraine berada di dalam kenderaan berkenaan yang sedang membuat rondaan di jalan-jalan raya Mariupol sebelum ia menemui sebuah kenderaan berperisai milik tentera Rusia.

Askar Ukraine yang berada di dalam kenderaan tentera itu yang dilengkapi dengan meriam automatik 30mm, mesingan dan peluru berpandu antikereta kebal kemudian melepaskan bedilan ke arah kenderaan perisai Rusia di jalan raya berkenaan.

Iklan

Kenderaan berperisai tentera Rusia itu kemudian meletup selepas ia terkena bedilan dari kenderaan berperisai tentera Ukraine.

Rakaman itu disiarkan oleh Unit Azov iaitu Pengawal Kebangsaan Ukraine pada Isnin. - Agensi

Iklan