AS akan jual jet tempur F-15 kepada Mesir

Iklan
Gambar fail menunjukkan salah sebuah model jet tempur F-15. - Foto US Air Force

WASHINGTON - Seorang jeneral kanan Amerika Syarikat (AS) memberitahu Kongres AS, pada Selasa bahawa Washington akan menjual jet tempur F-15 yang canggih kepada Mesir.

Penjualan itu akan dilakukan walaupun terdapat kebimbangan di negara Uncle Sam itu berhubung rekod buruk Mesir tentang hak-hak asasi manusia.

Iklan
Iklan

"Dalam kes Mesir, saya rasa kita mempunyai berita yang baik kerana kita akan membekalkan kepadanya (jet-jet tempur) F-15," kata Ketua Pusat Komando, Jeneral Frank McKenzie kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera Dewan Senat AS.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran terperinci tentang penjualan tersebut.

Iklan

Jabatan Negara AS yang akan menantangani perjanjian penjualan itu dan ia belum memberitahu Kongres AS mengenai penjualan tersebut.

McKenzie juga tidak memberikan butiran lanjut mengenai masa atau bilangan pesawat F-15 buatan Boeing akan dijual kepada Mesir.

Iklan

Pada Januari lalu, AS mengumumkan kelulusan tentang dua penjualan peralatan ketenteraan utama ke Mesir.

Ia melibatkan 12 pesawat pengangkut C-130 J Super Hercules pengangkutan dan sejumlah peralatan bersamanya bernilai AS$2.2 bilion (RM9.25 bilion) dan sistem pertahanan udara darat bernilai AS$355 juta (RM1.4 bilion). - Agensi