SPRM Sarawak kesan dua lelaki bantu pengurusan kes

Iklan
SPRM Sarawak sedang mengesan dua lelaki bagi membantu pengurusan kes suruhanjaya itu.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua lelaki bagi membantu pengurusan kes suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan lelaki itu ialah Steven Jong Thien Wun, 22, beralamat terakhir di No 372 Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan, Kuching.

Iklan
Iklan

Seorang lagi lelaki ialah Kelvin Chan Peggy, 21, beralamat terakhir di 118-A Kampung Beratok Batu 21, Jalan Kuching/Serian, Kuching.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jasvindar Kaur Lakh Vindar Singh di talian 019-4266 169 atau 082-467701. - Bernama

Iklan
Iklan