TEHRAN - Sekurang-kurangnya 11 orang maut, manakala 486 lagi cedera di Iran ketika sambutan ‘Chaharshanbe Suri’ atau Pesta Api, menurut Xinhua, memetik laporan televisyen Iran pada Selasa.
Seramai 49 mangsa mengalami kecederaan parah sejak pesta itu bermula lima hari lepas, kata jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi.