Lulu Group lancar Bazar Ramadan 2022, tawar diskaun hingga 50 peratus

Iklan
Rosol (kiri) ketika menerima cenderahati semasa pelanjaran Bazar Ramadan 2022 di Setia City Mall.

SHAH ALAM - Lulu Group Retail Sdn Bhd (Lulu) melalui Pasar Raya Lulu dan gedung serbanekanya menganjurkan Bazar Ramadan bermula dari 14 Mac hingga 04 Mei 2022 di Setia City Mall.

Lulu yang merupakan rangkaian pasar raya besar diasaskan oleh MA Yousuf Ali dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga akan mengadakan promosi dengan potongan sehingga 50 peratus sepanjang bazar tersebut berlangsung.

Iklan
Iklan

Jelasnya, potongan tersebut diberikan terhadap barangan elektrik, elektronik, barangan kelengkapan rumah, bagasi dan kasut.

"Pelanggan bakal mendapatkan barangan seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, alatan dapur serta barangan kelengkapan rumah pada harga terbaik berbanding pesaing kami.

Iklan

"Antara jenama-jenama yang turut serta adalah seperti Samsung, Sony, Philips, LG, Harman Kardon, Beko, Teka, Salpido, Cliptec, Tefal, Pensonic, Elba, Luminarc, Homewell dan banyak lagi.

"Inilah saat yang anda nanti-nantikan untuk persiapan Hari Raya anda di mana anda boleh berjimat sakan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Iklan
Rosol (tengah) semasa melawat gerai jualan di Pasar Raya Lulu di Setia City Mall.

Bazar Ramadan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Mengulas lanjut, selain potongan harga di bazar tersebut juga turut diadakan promosi mingguan yang digelar ‘Weekend Flash’ bermula dari 8 hingga 11 April 2022 ke atas barangan terpilih.

"Dapatkan segala keperluan berbuka puasa anda di sini dengan pelbagai pilihan meluas barangan bermutu tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, daging serta makanan laut dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Sementara itu, di bahagian Department Store pula pelanggan berpeluang mendapatkan barangan elektrik, elektronik, IT dan Mobil pada harga yang menakjubkan melalui promosi 'Power Deals'.

Tambahnya, selain Bazar Ramadan, Lulu turut menyediakan pelbagai promosi yang sedang berlangsung seperti pembelian pelanggan bernilai RM50 dari bahagian pasar raya bakal menikmati baucar potongan bernilai RM25.

Rosol beramah mesra bersama penjual di Pasar Raya Lulu sempena pelancaran Bazar Ramadan 2022 di Setia City Mall.

"Pelanggan boleh menebus baucar pemotongan itu dengan pembelian bernilai RM100 dari bahagian gedung serbaneka dan tawaran tersebut sah sehingga 20 Mac 2022,” ujarnya.

Pada masa sama, Lulu juga telah memulakan e-dagang melalui luluhypermarket.com di mana pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian.

"Lulu Hypermarket mempunyai empat cawangan ketika ini dan merancang untuk membuka lebih banyak kedai menjelang akhir tahun 2022,” katanya.