Jepun hasrat batal status Rusia 'destinasi pelaburan terbaik'

Iklan
Fumio Kishida berhasrat melucutkan status 'destinasi pelaburan terbaik' Rusia. - Gambar hiasan

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berhasrat melucutkan status 'destinasi pelaburan terbaik' Rusia, lapor Sputnik.

Menurut sumber, keputusan berhubung pembatalan status itu mungkin diumumkan pada Rabu, setelah mengambil kira pendirian negara anggota G7, lapor stesen penyiaran NHK Jepun.

Iklan
Iklan

Pada minggu lepas, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri mengeluarkan senarai 57 produk eksport Rusia yang akan diharamkan berkuat kuasa 18 Mac.

Senarai itu merangkumi 31 barangan harian, dan 26 produk teknologi, termasuk perisian.

Iklan

Pada 24 Februari, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di timur Ukraine.

Amerika Syarikat dan sekutunya, termasuk Jepun, bertindak balas dengan mengenakan sekatan ekonomi menyeluruh terhadap Rusia, manakala pelbagai syarikat asing memutuskan untuk menghentikan operasi di negara itu. - Bernama

Iklan