BEIJING - China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah pelbagai negara serta mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.
Beliau berkata, China akan berusaha untuk menggalakkan dialog antara pihak-pihak terlibat demi kedamaian dan berharap masyarakat antarabangsa dapat menyokong rundingan damai antara Rusia serta Ukraine sekali gus meredakan situasi secepat mungkin.