BEAUFORT - Seorang lelaki dipercayai mabuk ditahan selepas didakwa mengugut mahu menetak anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kuala Penyu di sini dengan senjata tajam, pada tengah malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek yang berusia 48 tahun membawa parang dan mengugut anggota polis yang sedang bertugas di balai tersebut.