Terengganu optimis capai sasaran bina 20,000 rumah untuk rakyat

Iklan
Ahmad Samsuri (tengah) meninjau model rumah selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh pada Rabu. -Foto Bernama

KUALA NERUS - Terengganu optimis dapat mencapai sasaran membina 20,000 unit rumah menjelang 2023 mengikut manifesto pilihan raya umum lepas, melalui kerjasama strategik kerajaan negeri dan syarikat swasta, memandangkan setakat ini ia telah berjaya membina lebih 18,000 unit rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, usaha merealisasikan manifesto itu adalah antara bukti keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk pembinaan 162 unit rumah pangsa mampu milik di Kampung Banggol Pauh ini yang dijangka siap pada Februari 2024.

"Untuk projek ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta termasuk subsidi RM65,000 untuk setiap unit rumah yang dibina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik Banggol Pauh pada Rabu.

Iklan

Projek rumah pangsa mampu milik itu dilengkapi beberapa kemudahan seperti surau, tadika, gerai serta pondok pengawal dengan kos pembinaan satu unit rumah ialah RM145,000 namun harga ditawarkan kepada rakyat hanya RM80,000.

Permohonan untuk rumah pangsa mampu milik itu boleh dibuat melalui laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my dan kelayakannya bergantung kepada syarat yang ditetapkan. - Bernama

Iklan