Trafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer

Iklan
Aliran trafik di Plaza Tol Taman Rimba Templer dari arah Kuala Selangor ke Selayang/Rawang sesak berikutan hujan dan angin kencang pada Rabu.

SHAH ALAM - Sebahagian siling dan sistem di Plaza Tol Taman Rimba Templer dari arah Kuala Selangor ke Selayang/Rawang mengalami gangguan berikutan hujan dan angin kencang pada Rabu.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dalam kenyataannya memaklumkan, aliran trafik ketika ini sesak berikutan kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

"Sila patuhi arahan pegawai trafik di lokasi dan kesulitan amatlah dikesali," kata kenyataan itu di Facebook LATAR pada Rabu.

Sementara itu, pada ruangan komen, LATAR memberitahu, empat lorong laluan tol kini sudah kembali pulih.

Iklan

"Pihak LATAR sedang menjalankan kerja pembersihan. Kesabaran dan keprihatinan anda amatlah dihargai," kata kenyataan itu.

Iklan