KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO perlu membuang budaya mencari talian hayat dengan parti lain untuk kekal berkuasa di negara ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemikiran gemar bergantung kepada parti lain itu perlu segera dihentikan.
Iklan
Iklan
Apatah lagi katanya, bergantung dengan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pakatan Harapan (PH) sebagai talian hayat dan nyawa simpanan.
"Budaya mencari talian hayat mesti dibuang. Jangan sesekali meminta-minta nyawa daripada orang lain.
"Malah, kita juga mesti berhenti memberi nyawa pada orang lain khususnya mereka yang mengemis peluang tapi akhirnya menikam kita dari belakang,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada malam Rabu.
Mohamad menambah, UMNO tidak pernah putus berharap meskipun berdepan gelora besar apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Malah katanya, parti tetap yakin kembali bangkit dan ia dibuktikan ketika ini.