Zii Jia, Aaron-Wooi Yik langkah kanan di Seluruh England

Iklan
Zii Jia mudah menjinakkan bintang Jepun, Kenta Nishimoto dalam perlawanan pusingan pertama Seluruh England di Utilita Arena Birmingham. - Foto Badminton

PENYANDANG juara, Lee Zii Jia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Seluruh England dengan langkah kanan apabila mudah menjinakkan bintang Jepun, Kenta Nishimoto dalam perlawanan pusingan pertama.

Dalam aksi di Utilita Arena Birmingham, England yang menyingkap tirai pada Rabu, Zii Jia yang tampil dengan status pemain pilihan keenam kejuaraan mudah mengatasi Nishimoto 21-16, 21-17 dalam aksi 43 minit.

Iklan
Iklan

Turut sama memulakan kempen langkah kanan adalah pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tenang mengatasi cabaran Christopher Grimley-Matthew Grimley dari Scotland.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejuaraan menewaskan lawan mereka 21-14, 21-19 dalam aksi 36 minit.

Iklan

Sementara itu, gandingan, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei akur kepada kehebatan pilihan pertama kejuaraan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai apabila kecundang 21-10, 21-18.

Turut sama kecundang pasangan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tewas kepada pasangan Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund 21-18, 21-16.

Iklan