PBAPP mohon semakan tarif air tahun ini

Iklan
Jaseni

GEORGETOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan memohon semula semakan tarif air bagi tahun ini yang akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan kerajaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, permohonan itu bagi meningkatkan

dana untuk projek dalam memastikan kecukupan air di Pulau Pinang sehingga 2030.

Iklan

Menurutnya, PBAPP tidak mencari keuntungan yang lebih tinggi iaitu dana tambahan diperoleh akan dilaburkan semula terutama melalui projek Pelan Kontingensi Air Mentah 2030 (RWCP 2030) PBAPP.

"Subsidi bekalan air domestik PBAPP bagi tahun 2021 berjumlah RM97.3 juta. Rasional utama cadangan semakan tarif ini kerana Pulau Pinang tidak dapat menampung peningkatan permintaan air tanpa projek RWCP 2030.

Iklan

"Lima projek di bawah RWCP 2030 yang dijadualkan siap dalam tempoh 2022 hingga 2028 ialah Fasa 2 naik taraf tangki pemendapan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Pakej 12A, LRA Sungai Dua: Tambahan modul rawatan air baharu; Fasa 1 LRA Empangan Mengkuang, Fasa 1 LRA Sungai Muda dan Skim Bekalan Air Sungai Perai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Jaseni, semakan tarif air terakhir di Pulau Pinang dilaksanakan pada 2015 dan permohonan semakan semula pada 2019.

"Bagaimanapun, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan kenyataan pada 2020 dan 2021 bahawa kerajaan Persekutuan menangguhkan semua kajian semula tarif air berikutan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia.

"Sebagai operator bekalan air yang bertanggungjawab, PBAPP akan mengemukakan permohonan semakan tarif air 2022 berdasarkan rangka kerja Mekanisme Penetapan Tarif (TSM).

"PBAPP merancang mengumpul dana yang mencukupi untuk menampung peningkatan perbelanjaan operasi (OPEX) dan membiayai komitmen perbelanjaan modal (CAPEX)," katanya.

Tambah beliau, objektif utama semua projek ialah memastikan kecukupan air dalam tempoh pemulihan sosioekonomi pasca pandemik.

"Tarif air sedia ada yang tidak mampan mengakibatkan RM97.3 juta subsidi domestik pada 2021. Selain itu, kos pelupusan enap cemar yang tinggi bagi mematuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Berdasarkan kajian kejuruteraan bekalan air bebas yang disiapkan pada 2021, penggunaan air di Pulau Pinang telah diunjurkan mencecah 1,532 juta liter sehari (JLH) menjelang 2030 dan 2,178 JLH menjelang 2050.

"Purata tarif air domestik Pulau Pinang untuk 35,000 liter pertama penggunaan domestik ialah 32 sen setiap 1,000 liter. Ia adalah yang terendah di Malaysia berbanding purata nasional dengan 121.9 peratus, lebih tinggi, pada 71 sen setiap 1,000 pada 2018," katanya.

Selain PBAPP, beberapa operator air di Malaysia turut memohon semakan tarif air sejak beberapa tahun yang lalu, yang mana pada 2021, SPAN menjalankan rundingan awam untuk cadangan semakan tarif yang dikemukakan oleh Johor; Kedah; Melaka; Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.

Pada 2019 dan 2020, SPAN telah menjalankan rundingan awam yang serupa melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu.