Kedah catat nilai pelaburan sektor perkilangan RM66.2 bilion

Iklan
Kedah mencatat nilai pelaburan dalam sektor perkilangan berjumlah RM66.2 bilion pada 2021. - Foto 123RF

ALOR SETAR - Kedah mencatat nilai pelaburan dalam sektor perkilangan berjumlah RM66.2 bilion pada 2021.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, nilai pelaburan itu menunjukkan Kedah menyumbangkan sebanyak 21.6 peratus pelaburan baharu bagi sektor perkilangan di Malaysia.

Iklan
Iklan

Muhammad Sanusi berkata, pelaburan sebanyak RM66.2 bilion yang masuk ke Kedah adalah peningkatan sebanyak 1,500 peratus berbanding 2020.

"Bagi 2021, sebanyak RM10.7 bilion lagi pelaburan diterima negeri ini pada suku keempat iaitu antara Oktober hingga Disember.

Iklan

"Sebelum ini, kita ada mengumumkan nilai pelaburan yang masuk pada suku pertama, suku kedua dan suku ketiga, yang mana ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, beliau masih menunggu maklum balas berkaitan bantahan pasukan futsal Kedah ke atas Perak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana jumlah pemain atas padang melebihi dari sepatutnya yang berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan pada 5 Mac lepas.

Iklan

"Sebelum ini, kita telah membuat bantahan tetapi ditolak dan kita ada bukti mereka main lebih orang, jadi kita masih menunggu surat daripada FAM bagi pertimbangan sewajarnya dan memperjelaskan situasi sebenarnya berkaitan peraturan-peraturan ditetapkan.

"Jika tiada peraturan sewajarnya, saya berharap pihak penganjur perlu mengemaskini peraturan sedia ada sebelum menganjurkan kejohanan tersebut," katanya.

Katanya, keputusan perlawanan itu menyebabkan Kedah kini berada di kedudukan ke-10 liga dan kehilangan peluang untuk bermain di piala yang menempatkan lapan pasukan terbaik sahaja.