Hina OKU: Pokuat buat laporan polis terhadap Kak Long 7E

Iklan
Fakhruddin (kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat persatuan terhadap Kak Long 7E kerana didakwa menghina OKU.

KUALA TERENGGANU - Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) yang mempunyai 600 orang ahli membuat laporan polis terhadap seorang wanita dikenali sebagai 'Kak Long 7E' kerana didakwa mempersenda orang kurang upaya (OKU).

Laporan terhadap Kak Long 7E itu dibuat oleh Presiden Pokuat, Fakhruddin Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini pada jam 9.30 pagi Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut Fakhruddin, perbuatan Kak Long 7E menghina OKU dengan cara melakukan aksi gerak badan dan memek muka dalam sebuah video di laman Facebook Wan Noor Baizura diketahui selepas menerima makluman dari rakan-rakan melalui WhatsApp pada 14 Mac lalu.

"Laporan polis ini dibuat supaya wanita itu sedar bahawa perlakuan mengajuk dan mempersenda OKU adalah keterlaluan serta mengguris hati semua OKU.

Iklan

"Tindakan beliau yang tidak sensitif dengan perasaan OKU telah menimbulkan rasa marah apabila kami dihina oleh orang yang semata-mata mahu meningkatkan populariti mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau mahu tindakan sewajarnya dapat diambil sebagai pengajaran dan kesedaran kepada Wan Noor Baizura dan masyarakat agar lebih peka serta sensitif terhadap golongan OKU.

Iklan

Fakhruddin berkata, Pokuat turut berharap kerajaan dapat menggubal satu akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang melakukan sebarang bentuk penghinaan terhadap OKU dikenakan tindakan sewajarnya sebagai pengajaran.

"Saya juga harap pihak berkaitan mengambil tindakan menyekat akaun media sosial wanita berkenaan Walaupun dia sudah meminta maaf, tidak cukup untuk dia mengubah kelakuan dan dengan laporan ini, saya harap dia berubah," katanya.

Sebelum ini, tular satu satu video berdurasi 31 saat memaparkan wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Long 7E menunjukkan mimik muka serta perwatakan seperti OKU di media sosial sejak Selasa.