Waspada scammer keluar wang KWSP

Iklan
Polis mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer dalam proses membuat pengeluaran wang tunai KWSP. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer dalam proses membuat pengeluaran wang tunai Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sentiasa memantau sebarang tindakan jenayah penipuan dari masa ke masa bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya dengan helah penipuan membabitkan pengeluaran wang tunai KWSP.

Iklan
Iklan

"PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sentiasa memantau selain sering mengingatkan orang ramai untuk tidak menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini.

"Hampir setiap hari banyak peringatan dan nasihat disampaikan oleh pihak polis kepada orang ramai menerusi media sosial terutama laman Facebook PDRM dan laman sosial lain tentang pelbagai taktik penipuan," katanya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kop Mantap Berhad bersama rakan strategik di Maktab Polis Diraja Malaysia pada Khamis.

Iklan

Justeru, beliau berharap agar tidak ada masyarakat yang menjadi mangsa penipuan ini.

Pada Rabu, KWSP menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan iklan permohonan pengeluaran khas KWSP yang dikongsi di media sosial.

Iklan

KWSP dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran khas.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang akhbar khas mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP sehingga RM10,000.