Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup

Iklan
PPV World Trade Centre KL antara PPV Integrasi di Lembah Klang yang menutup operasinya pada Selasa lepas.

KUALA LUMPUR - Semua pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang iaitu PPV World Trade Centre KL, PPV Axiata Bukit Jalil, PPV IDCC Shah Alam dan PPV Sokha Gakai Klang menutup operasinya pada Selasa lepas (15 Mac).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, penutupan PPV ‘offsite’ secara berperingkat pula akan dibuat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bagi penduduk dewasa mencapai 64 peratus berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan ProtectHealth, 9 Mac lepas.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, sehingga 16 Mac 2022, 66.2 peratus daripada penduduk dewasa yang layak telah menerima dos penggalak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, individu yang masih belum menerima vaksinasi lengkap, vaksinasi dos penggalak atau ibu bapa yang ingin membawa anak mendapatkan vaksinasi kanak-kanak sama ada dos pertama atau kedua, boleh mendapatkan vaksinasi melalui beberapa kaedah.

Iklan

"Kaeadahnya iaitu membuat tempahan slot vaksinasi mengikut PPV yang dipilih. Tempahan boleh dibuat melalui pautan yang akan dihantar bersama janji temu ke aplikasi MySejahtera anda; PPV pengamal perubatan swasta berdekatan yang menawarkan vaksinasi kanak-kanak dan dos penggalak seperti yang disenaraikan di laman web ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my.

"Walk-in ke PPV offsite yang masih beroperasi. Individu boleh membuat semakan senarai PPV offsite dari semasa ke semasa di laman web ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan itu memberitahu varian Omicron tetap serius dan boleh menyebabkan komplikasi teruk terutamanya kepada mereka yang masih belum menerima vaksinasi lengkap atau langsung tidak divaksin serta golongan yang berisiko tinggi iaitu warga emas dan individu dengan komorbid dan belum menerima dos penggalak.

"Ibu bapa juga dinasihatkan merebut peluang untuk vaksinasi anak-anak bagi melindungi mereka daripada jangkitan varian Omicron yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian akibat Covid-19 dan komplikasinya (MICS).

"Bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 dapat dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah untuk memupuk kesedaran dan solidariti komuniti, memperkasa tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada,” katanya. - Bernama