KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani Perjanjian Induk (HoA) dengan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) membabitkan jual beli gas tambahan dari kawasan Blok PM3 CAA, Malaysia ke Wilayah Ca Mau, Vietnam.
Perjanjian yang ditandatangani pada 15 Mac di Ho Chi Minh, Vietnam, akan terus menyokong rancangan negara bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di wilayah barat daya, kata Petronas yang juga syarikat minyak dan gas nasional dalam satu kenyataan, hari ini.