Cuaca mendung serta awan tebal menyelubungi ruang udara di Pulau Pinang ketika tinjauan hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya hari ini menyatakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Pahang, Sabah Barat dan Labuan sehingga 9:00 malam ini.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - Foto Bernama