Kereta kebal tentera Rusia diletupkan di Mariupol

Iklan
Sebuah kereta kebal tentera Rusia diletupkan selepas terkena bedilan misil tentera Ukraine di Mariupol baru-baru ini. - Foto Agensi

KIEV - Tentera Ukraine berjaya meletupkan sebuah kereta kebal tentera Rusia di bandar Mariupol selepas terkena bedilan misil di bandar Mariupol baru-baru ini.

Kejadian kereta kebal tentera Rusia yang mempunyai tanda Z itu meletup dirakamkan menerusi video dari sebuah dron yang terbang di atas kenderaan tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, dua askar Rusia dilaporkan terbunuh.

Rakaman itu dikongsi oleh tentera Ukraine di Facebook bersama-sama dengan video kedua menunjukkan serangan hendap di bandar Kharkiv.

Iklan

Video yang kedua pula menunjukkan seorang askar Ukraine menunggu sebuah kenderaan pengangkut anggota tentera Rusia melalui bandar Kharkiv dan membedilnya dengan menggunakan senjata roket dari jarak dekat.

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera video yang dipasang pada topi keledar seorang askar Ukraine yang menyerang hendap kenderaan itu.

Iklan

Serangan itu juga dirakamkan menerusi dron.- Agensi