Mengaku curi ikan, dua sahabat dijel

Iklan
Dua sahabat ini di penjara 5 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri pelbagai jenis ikan bernilai RM1,500 milik Restoran Tenang Seafood di Jalan Pantai Batu Burok, di sini.

KUALA TERENGGANU - Dua sahabat dihukum lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri pelbagai ikan bernilai RM1,500 milik sebuah restoran ikan bakar di Batu Burok, di sini.

Hukuman dibuat selepas kedua-dua tertuduh, Mohd Marzuki Paki Maidin, 46, dari Kampung Masjid Hj Kadir, di sini, dan Mohd Khairul Anuar Ab Rahman, 38, dari Kampung Ladang Gemilang, di sini, mengaku salah mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai jenis ikan milik Hasem Hawan, 26, yang bernilai RM1,500, di Restoran Tenang Seefood, Jalan Pantai Batu Burok, di sini, kira-kira jam 7.40 pagi, pada 12 Mac lalu.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda bagi kesalahan kali kedua, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latiff manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pada 12 Mac lalu, kira-kira jam 3 petang semasa pengadu (Hasem Hawan) sampai di restoran miliknya mendapati peti sejuk yang diletak di luar restoran terbuka dan mendapati barang-barang yang disimpan di dalam peti seperti ikan, sotong, lala dan kupan hilang.

Iklan

Kemudian pengadu melihat melalui kamera litar tertutup yang diletak di dalam restoran mendapati ada dua lelaki menaiki motosikal EX 5 berwarna biru memunggah keluar dan mengambil barang-barang tersebut sebelum beredar.