Nazril Hisham nampak ceria, semakin pulih

Iklan

SHAH ALAM - Anak sulung kepada Nazril Hisham Omar, Mohd Haiqal Daniel, 20, memaklumkan ayahnya kini yang sedang dirawat di Hospital Christchurch, New Zealand, nampak semakin ceria berbanding semalam.

Menerusi mesej Whatsapp kepada Sinar Harian, Mohd Haiqal menyatakan ayahnya mungkin akan pulih dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah dia nampak lagi ceria hari ini. Insya-ALLAH dalam masa terdekat dia boleh mula rehabilitasi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Nazril Hisham akan menjalani satu lagi pembedahan bagi merawat kecederaan di bahagian kaki dan belakangnya.

Iklan

Kakak mangsa, Rosimah Abd Rashid, 56, berkata, sebelumnya Nazril Hisham telah dua kali menjalani pembedahan sejak dimasukkan ke Hospital Christchurch.

Sementara itu, Mohd Haiqal memberitahu dia tidak menghadiri pengebumian rakyat Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, hari ini kerana ingin menjaga adik-adiknya di rumah.

Iklan

"Haiqal tak pergi kubur, hari ini decide (putuskan) nak jaga adik-adik dekat rumah, mummy (ibunya, Zurina Mohi) yang pergi pengebumian,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tembakan Christchurch: Jenazah Mohd Haziq selamat dikebumi

Dalam perkembangan lain, jenazah Allahyarham Mohd Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurh selepas Zohor waktu tempatan, hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, bapa arwah, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam kejadian serangan pengganas sebelum ini turut hadir mengiringi jenazah anak lelakinya.

Majlis pengebumian itu dihadiri ratusan orang awam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran.

Ibu dan kakak arwah Mohd Haziq dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak berada di tempat pengebumian sebaliknya hanya berada di rumah kerana ingin bersendirian dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya pada waktu lain.

Pada masa sama, Suruhanjaya Tinggi New Zealand, meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga arwah mangsa dan tidak bersikap keterlaluan dalam mendapatkan maklumat buat masa ini.