GEORGETOWN - Seorang peniaga kedai runcit ditahan bersama 102,100 batang rokok tidak bercukai dan 180 kotak mercun pelbagai jenis bernilai keseluruhan RM151,345.
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak oleh sepasukan Unit Risikan Marin Pulau Pinang dalam Op Kontraband yang diadakan antara jam 6 hingga 7 petang, Rabu lalu.