Bekas PM Bulgaria ditahan seleweng dana EU

Iklan
Boyko Borisov - Foto AFP

SOFIA - Bekas Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borisov ditahan pada Khamis bersama anggota partinya berhubung siasatan dengan penyalahgunaan dana bantuan Kesatuan Eropah (EU).

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan menyatakan, operasi besar-besaran sedang berlangsung berkaitan dengan 120 kes siasatan yang dilakukan oleh Pejabat Pendakwa Raya Eropah di Bulgaria.

Iklan
Iklan

Turut ditahan bersama Borisov yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali itu ialah bekas Menteri Kewangan, Vladislav Goranov, bekas Ketua Jawatankuasa Belanjawan Parlimen, Menda Stoyanova dan bekas Ketua Perkhidmatan Akhbar kerajaan, Sevdalina Arnaudova.

Namun, pihak kementerian itu tidak memberikan perincian lanjut tentang kes tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, pihak televisyen BNT menyatakan kes berkenaan adalah mengenai penyalahgunaan bantuan EU.

"Tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang!" menurut satu kenyataan Perdana Menteri baharu Bulgaria, Kiril Petkov di laman Facebook rasminya.

Iklan

Parti Petkov itu memenangi pilihan raya umum di Bulgaria pada tahun 2021 dengan matlamatnya adalah untuk melakukan toleransi sifar terhadap rasuah.

Sebelum ini, EU telah membuka 120 siasatan penipuan melibatkan wang EU yang berkaitan dengan tender awam, subsidi pertanian, pembinaan dan dana pemulihan Covid-19. - Agensi