KIEV - Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak pada Khamis berkata, Ukraine dan Rusia kini ke arah mencapai persetujuan rundingan damai dan mungkin mengambil masa kira-kira seminggu untuk dimeterai, lapor agensi berita Xinhua, memetik media dalam talian Ukraine, Liga.net.
Kiev mahu menetapkan syarat secara terperinci bagi pengunduran tentera Rusia dari Ukraine menerusi perjanjian damai itu, kata Podolyak.