Hakimah wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Jakim

Iklan
Datuk Hakimah Mohd Yusoff

PUTRAJAYA - Buat kali pertama dalam sejarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diterajui oleh seorang wanita iaitu Datuk Hakimah Mohd Yusoff selepas beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa 21 Mac ini.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pemilihan Hakimah adalah berdasarkan perkhidmatan beliau selama 30 tahun khususnya di agensi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tahniah atas pelantikan Datuk Hakimah sebagai Ketua Pengarah Jakim berkuat kuasa pada 21 Mac ini.

"Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu Jakim ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Iklan

Jawatan Ketua Pengarah Jakim kosong sejak November tahun lalu selepas Datuk Abdul Aziz Jusoh bersara wajib.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata, pelantikan wanita pertama menerajui Jakim meningkatkan pembabitan golongan itu sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

Iklan

Hakiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia pada 2001.

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada 1992 dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).