PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard mengingatkan skuad kendaliannya supaya berwaspada ketika berdepan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Menurut Gerrard, biarpun beraksi di laman sendiri, namun ia dilihat bukan lagi satu kelebihan.
"Semua pemain diingatkan untuk beraksi bersungguh-sungguh berdepan Arsenal dalam usaha melakarkan kejayaan kali ini.
"Bagi saya, Arsenal pasti akan beraksi dengan sebaik mungkin setelah tewas kepada Liverpool baru-baru ini.
"Oleh itu, kesemua pemain perlu bersedia bagi mengharungi perlawanan berkenaan selain mencuba sedaya upaya untuk menang,” katanya.
Untuk rekod, Aston Villa kini berada pada kedudukan kesembilan EPL dengan 36 mata berbanding Arsenal yang berada pada kedudukan keempat dengan 51 mata.
Gerrard turut mengakui agak teruja apabila berpeluang mencatur strategi berdepan Arsenal apabila mengemudi Aston Villa ketika ini.
Malah katanya, sudah pasti percaturan strategi atau taktikal yang dilakukannya adalah untuk memastikan kemenangan skuad kendaliannya itu kali ini.
"Saya sudah sediakan percaturan strategi selain percaturan taktikal terbaik untuk perlawanan berdepan Aston Villa kali ini.
"Oleh itu, diharapkan pemain dapat mengikutinya dalam usaha memastikan kemenangan yang diharap-harapkan,” katanya.