Padah lagak 'superman' ketika pulang konvoi

Iklan
Aksi 'superman' yang dikesan dilakukan sekumpulan penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban, pada Khamis.

KAJANG - Lagak sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi samseng jalanan ketika pulang berkonvoi selepas menjamu selera di Seremban, Negeri Sembilan, mengundang padah selepas ditahan polis di sini, pada Khamis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri, 'zig-zag' dan menundukkan badan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban arah utara, kira-kira jam 2 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya, sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman kemudian berjaya menahan empat penunggang motosikal terbabit serta seorang pembonceng.

"Kesemua lelaki berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Polis turut bertindak menyita empat buah motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15ZR," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Lima lelaki ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban, pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan mendapati penunggang terbabit dalam perjalanan pulang ke Gombak, Selangor dari Seremban, Negeri Sembilan selepas makan di sebuah restoran.

Iklan

Katanya, tindakan penunggang terbabit melakukan aksi sedemikian jelas membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.