Terbabas punca nahas korban dua nyawa

Iklan
Kemalangan

GERIK - Dua wanita maut dalam nahas dua kenderaan di KM65 Jalan Gerik-Jeli, petang tadi telah dikenal pasti.

Mangsa adalah Sabariah Yusoff, 59, dan Wan Asmah Wan Ismail, 58.

Iklan
Iklan

Mereka merupakan penumpang Perodua Alza berasal dari Machang, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pemandunya, lelaki warganegara Indonesia berusia 39 tahun serta dua anak lelakinya berusia 10 dan 11 tahun turut cedera.

Iklan

"Siasatan awal mendapati Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga itu dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang.

"Setibanya di suatu selekoh, kenderaan terbabit telah terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Persona yang dipandu seorang guru,” katanya.

Iklan

Menurutnya, lelaki berusia 27 tahun parah dan kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

"Pemandu Perodua Alza yang mengalami luka di perut telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

"Kedua-dua kenderaan ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Puspakom dan sampel urin serta darah diambil dari kedua-dua pemandu untuk ujian kimia penyalahgunaan dadah dan alkohol,” katanya.

Ismail berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.