Adab politik tinggi, tiada tekanan bubar Parlimen

Iklan
Khairy Jamaluddin Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti itu tidak akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk membubarkan Parlimen melambangkan manifestasi adab politik yang tinggi.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan

kenyataan Presiden UMNO itu amat melegakan selain mampu menyatukan semua pihak dalam parti terbesar orang Melayu itu.

Iklan

"Sebelum ini dengan ucapan-ucapan daripada perwakilan sayap, Pemuda, Wanita dan Puteri, seolah-olah isu yang akan dibangkitkan hari ini hanya isu PRU yang akan datang. Namun demikian saya melihat Yang Berhormat Presiden sangat tertib dan memahami Perlembagaan Persekutuan.

"Kuasa bukan hanya Yang di-Pertuan Agong tetapi juga Jemaah Menteri dalam menentukan bila waktu Parlimen dibubar. Saya melihat ini adalah manifestasi adab politik yang sangat tinggi daripada presiden,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu beliau tidak menafikan ketetapan masa yang ada ketika ini seakan memberi kelebihan kepada UMNO jika Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan tidak lama lagi.

Tambahnya, ucapan tersebut juga merupakan isyarat yang dihantar oleh Ahmad Zahid bahawa tiada lagi isu kabilah membabitkan pimpinan parti dan ahli UMNO dalam kerajaan.

Menyentuh mengenai pemilihan parti pula, Khairy melihat keperluan itu bergantung kepada keharmonian yang boleh dikecapi dalam parti ketika ini, bagi menentukan sama ada ia sesuai dilakukan atau sebaliknya.

"Yang kita nak capai dalam PAU kali ini adalah keharmonian. Kalau keharmonian itu datangnya melalui satu usaha untuk menangguh pemilihan parti, saya rasa boleh dipertimbangkan.6

"Namun jika harmoni itu dapat dikekalkan di samping melaksanakan pemilihan parti untuk menyegarkan kepimpinan dan tidak menjejaskan keharmonian, saya rasa itupun tiada masalah," jelasnya lagi.

Justeru kata Khairy, perkara tersebut perlu difikirkan secara mendalam sebelum memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti atau tidak.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pemilihan parti perlu diadakan sebelum Disember ini memandangkan ia adalah had maksimum yang telah ditetapkan.