ANKARA - Sebanyak 29 ekor ikan paus spesis ‘pilot’ ditemui mati selepas terdampar di Farewell Spit, Pulau Selatan, New Zealand, menurut Jabatan Pemuliharaan pada Jumaat.
Jabatan Pemuliharaan memaklumkan menerusi Facebook, terdapat 34 ikan paus terdampar, lima daripadanya berjaya kembali ke laut, lapor Agensi Anadolu.