'Kak Long 7E perlu mengaku persenda OKU'

Iklan
Persatuan Sahabat Orang Kurang Upaya (OKU) Perak yang mempunyai 150 ahli membuat laporan polis terhadap 'Kak Long 7E' di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada Jumaat.

IPOH - Persatuan Sahabat Orang Kurang Upaya (OKU) Perak mendesak wanita dikenali sebagai 'Kak Long 7E' mengakui kesilapannya yang mempersenda golongan itu di media sosial.

Timbalan Presidennya, Muhamad Firdaus Ibrahim berkata, permohonan maaf yang dilakukan menerusi akaun Facebook Wan Nor Baizura itu dianggap sebagai tidak ikhlas kerana menafikan perlakuannya yang sengaja berjalan tempang dengan mulut senget.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Nor Baizura ada membuat permohonan maaf tetapi mendakwa wanita itu belum mengaku sengaja mempersendakan OKU dan menganggap diri tidak bersalah.

"Kami berharap Kak Long mengaku perbuatannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka serta melakukan kerja amal sebagai suatu pengajaran," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan di Balai Polis Sungai Senam di sini pada Jumaat.

Iklan

Tular sebelum ini video berdurasi 31 saat yang memaparkan wanita berkenaan melakukan mimik muka dan perwatakan memperlekehkan golongan OKU.

Beliau memberitahu, laporan yang dibuat itu bukan bertujuan menghukum sebaliknya memberi pengajaran kepada Nor Baizura dan individu lain.

Iklan

"Isu ini bukanlah pertama kali berlaku dan kami berharap masyarakat lebih sensitif dan menghormati kami sebagai golongan OKU. Menjadi seorang OKU bukan boleh dibuat-buat.

"Kami mempunyai perasaan, kehendak dan maruah. Perbuatan seperti ini perlu dihentikan. Pihak berkuasa juga diminta dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja mempersendakan golongan ini," katanya.