27 PATI baru mendarat dicekup

Iklan
27 PATI yang baru mendarat ditahan anggota PGA yang sedang membuat rondaan berhampiran Pantai Gold Coast Morib, Banting.

KUALA LANGAT - 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lima wanita yang baru mendarat dicekup pihak polis ketika sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Pantai Gold Coast Morib, Banting di sini awal pagi Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI terbabit dipercayai berlepas dari Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia sekitar jam 4 pagi pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Kemasukan mereka didalangi sindiket dalam dan luar negara dengan bayaran yang dikenakan dalam lingkungan RM1,500 hingga RM2,000 seorang.

"Seperti biasa mereka naik bot dari Tanjung Balai pada 17 Mac sekitar jam 5 pagi dan sampai di Malaysia pada 18 Mac jam 4 pagi.

Iklan

"Ketika ditahan, mereka sedang tunggu seseorang untuk datang ambil tetapi ditemui anggota PGA yang membuat rondaan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua PATI yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 54 tahun tersebut masuk ke negara ini menggunakan sebuah bot melalui laluan laut yang tidak diwartakan.

Iklan

"Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63," ujarnya