Tiga warga Perancis sesat di Gunung Berembun ditemui selamat

Iklan
Tiga warga Perancis ditemui dalam keadaan selamat selepas tersesat di Gunung Berembun,Cameron Highlands pada Jumaat. Foto: JBPM PAHANG

KUANTAN - Tiga warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat di Gunung Berembun, Cameron Highlands pada Jumaat.

Tiga mangsa termasuk dua wanita itu ditemui orang awam di salah satu laluan di gunung berkenaan kira-kira jam 7.12 petang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.56 petang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, ketiga-tiga mangsa dipercayai tersesat di lokasi antara 'trail' tujuh dan lapan laluan gunung berkenaan.

Iklan

"Mangsa yang gagal mencari jalan turun menghubungi pihak bomba untuk bantuan. Susulan maklumat yang didapati tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands ke lokasi untuk operasi pencarian," katanya..

Ismail memberitahu, anggota bomba dibantu anggota pejabat hutan menggerakkan operasi pendakian menuju ke lokasi mangsa dilaporkan tersesat.

Iklan

"Mangsa kemudian dilaporkan ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui laluan itu dan operasi diteruskan bagi membantu membawa turun tiga warga asing itu.