K-KOMM singkatan baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Iklan
Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa pada temu bual bersama pengacara Program Ruang Bicara Sherkawi Jirim yang bertajuk 'UMNO: Masa Hadapan Yang Lebih Baik' di Wisma Bernama hari ini.

 - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini menggunakan singkatan baharu iaitu K-KOMM manakala menterinya dirujuk sebagai MenKOMM.

Dalam pemakluman yang dikeluarkan kementerian itu pada Jumaat, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemakaian singkatan baharu itu bermula Khamis(17 Mac).

Iklan
Iklan

Menurut K-KOMM, pemakaian singkatan baharu itu bertujuan mengelak kekeliruan orang ramai antara kementerian dengan agensi dibawahnya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain memudahkan sebutan dalam semua urusan agar lebih jelas.

Sebelum ini, singkatan bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah KKMM.

Iklan
Iklan

K-KOMM bertanggungjawab menyediakan infrastruktur komunikasi secara menyeluruh dan inklusif, membangun ekonomi digital melalui pemerkasaan teknologi maklumat dan komunikasi negara serta memperluas dan memperdalam penyampaian selain penyebaran maklumat secara strategik bagi mencapai visi kementerian untuk mewujudkan masyarakat terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital. - Bernama