Sembilan maut dilanggar remaja 13 tahun

Iklan
Anggota polis di Houston berkejar ke lokasi kejadian di Andrews, Texas. - Agensi

HOUSTON - Seramai sembilan orang maut selepas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang memandu sebuah trak pikap berlanggar dengan van membawa pasukan golf dari sebuah universiti di barat Texas.

Menurut polis, enam mangsa dari University Southwest dilaporkan terbunuh bersama jurulatih mereka dalam kejadian yang berlaku pada malam Rabu.

Iklan
Iklan

Budak lelaki dan ayahnya berusia 38 tahun berada dalam trak pikap itu turut maut dalam nahas berlaku di Andrews, Texas.

Polis menambah, kedua-dua kenderaan mangsa terbakar selepas kemalangan terbabit. - Agensi

Iklan
Iklan