Video palsu Presiden Ukraine minta tenteranya serah diri

Iklan
Video palsu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang meminta tentera negaranya menyerah diri kepada tentera Rusia tersebar luar di media sosial. - Foto Agensi

KIEV - Satu rakaman video palsu yang menunjukkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy tersebar secara meluas di media sosial Rusia baru- baru ini.

Video palsu itu juga disiarkan menerusi televisyen di Ukraine dan di laman berita sebelum ia ditarik balik.

Iklan
Iklan

Klip itu menunjukkan Zelenskyy menyeru supaya tenteranya meletakkan senjata dan menyerah diri kepada tentera Rusia.

Video itu dipercayai dihasilkan oleh para penggodam.

Iklan

Ia telah menimbulkan kebimbangan mengenai kaedah baharu dalam perang maklumat.

Terdapat kebimbangan Rusia boleh membanjiri media sosial dengan video seumpama itu semasa Perang Ukraine sedang berlangsung.

Iklan

Nina Schick iaitu penulis buku Deepfake berkata, video itu merujuk kepada program yang boleh mencantumkan wajah seseorang secara digital ke badan orang lain. - Agensi