Liverpool tempang bertemu Nottingham

Iklan
Salah (kanan) dan Trent tidak akan diturunkan ketika menetang Nottingham pada aksi suku akhir Piala FA di City Ground pada awal pagi Isnin

PEMAIN pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold akan terlepas perlawanan Piala FA bertemu Nottingham Forest dan aksi antarabangsanya bersama England selepas disahkan mengalami kecederaan hamstring.

Perkara tersebut disahkan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sambil memberi bayangan penyerang sensasi The Reds turut berkemungkinan tidak akan membuat penampilan ketika menentang Nottingham akibat kecederaan yang dialaminya pada perlawanan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Trent tidak akan beraksi ekoran kecederaan hamstring dan juga tidak akan beraksi bersama England.

"Ia bukan berita baik tetapi kami akan melihat berapa lama tempoh pemulihan yang diperlukan. Mo (Salah) juga memiliki kecederaan di bahagian kaki dalam perlawanan sebelum ini,” katanya.

Iklan

Ketiadaan kedua-dua pemain itu pastinya merupakan satu tamparan hebat buat Liverpool dalam misi layak ke peringkat separuh akhir buat kali pertama di bawah kendalian Klopp.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Jerman itu percaya, dia masih memiliki beberapa pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan kedua-dua pemain itu.

Iklan

"Untuk menggantikan mereka bukanlah perkara yang senang, namun ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

"Kami ada Milner, Gomez yang boleh menggantikan Trent dan juga ada pengganti untuk Salah jika dia tidak dapat diturunkan,” katanya.