Kelantan rayu rakyat suntik dos penggalak

Iklan
Dr Izani (kanan) merasmikan program gotong-royong pesisir pantai 'Pakak Maghi Bersih Pata Kito' di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merayu rakyat negeri ini untuk mengambil suntikan dos penggalak dalam usaha meningkatkan lagi imunisasi diri daripada terkena jangkitan Covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia susulan pengambilan dos penggalak dalam kalangan rakyat di negeri ini masih lagi terendah di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Pengambilan vaksin telah berjaya mencegah jangkitan Covid-19 ke peringkat yang serius sekali gus mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital," katanya semasa Program Gotong-Royong Pesisir Pantai 'Pakak Maghi Bersih Pata Kito' di Pantai Cahaya Bulan di sini pada Sabtu.

Program yang berlangsung serentak itu turut melibatkan Pantai Kundur (Kota Bharu); Pantai Irama dan Pantai Melawi (Bachok), Pantai Bisikan Bayu (Pasir Puteh) serta Pantai Geting (Tumpat).

Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri mengajak seluruh rakyat di Kelantan mengikuti cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil vaksin.

Beliau berkata, hal ini kerana pengambilan vaksin termasuklah dos penggalak dibuat berlandaskan kepada perbincangan dengan pakar-pakar termasuklah kajian.

Iklan

Dr Izani berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan jangkitan Covid-19 akan terus meningkat sekiranya pengambilan vaksin serta dos penggalak diabaikan dan prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi oleh rakyat selepas negara memasuki fasa endemik.

Beliau berkata, pengalaman terkena jangkitan Covid-19 baru-baru ini memberikan kesan mendalam buat dirinya.

"Selain kesakitan serangan Covid-19, ia turut memberikan tekanan perasaan selain boleh mendedahkan ahli keluarga kepada risiko jangkitan.

"Apa yang dilontarkan di Facebook berkait vaksin bersifat peribadi semata-mata. Jadi ambilah vaksin kerana ia telah terbukti berkesan dalam membendung Covid-19," jelasnya.