'Mustahil UMNO menang PRU jika bergaduh sesama sendiri'

Iklan
Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan pada PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO mustahil menjadi kuat dan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika pemimpin dan ahlinya sering bergaduh sesama sendiri.

Wakil Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, jika matlamat UMNO untuk memenangi pilihan raya, maka parti berkenaan perlu mengelakkan diri daripada segala perbuatan yang boleh melemahkan dan memecahbelahkan ahli parti.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, disebabkan itu pemilihan parti perlu diadakan selepas pilihan raya bagi menjamin kekuatan barisan UMNO.

"Sebelum nak pilihan raya kita dah bergaduh sesama sendiri, mana mungkin kita boleh jadi kuat dan menang dalam pilihan raya.

Iklan

"Jadi kalau MCA boleh buat dan mengusulkan perlembagaan bahawa pemilihan parti boleh diadakan selepas pilihan raya, parti-parti di Sarawak sudah buat, kenapa kita tidak boleh buat?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Akmal berkata, UMNO perlu membuktikan kekuatan parti terlebih dahulu sekiranya mereka ingin memberi keyakinan kepada rakyat.

"Mana mungkin kita nak mencapai sebuah kerajaan yang stabil jika parti kita pun tidak stabil dari segi politiknya.

"Kestabilan politik mesti dicapai, barulah kita boleh bagi keyakinan yang hebat kepada rakyat bahawa kita boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

"Kita kena 'walk the talk' (laksanakan apa yang dijanjikan), kita kena buktikan (kekuatan) pada parti kita dulu," ujarnya.