Pelajar asing wajib ambil subjek Bahasa Melayu

Iklan
Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pelajar asing yang menuntut di negara ini wajib mengambil subjek Bahasa Melayu sebagai salah satu subjek pelajaran mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu bertujuan memartabatkan bahasa Melayu seperti dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang juga termaktub dalam Perlembagaan UMNO Fasal 3.5.

Iklan
Iklan

"Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan bahasa Melayu dan tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa Melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

"Pelajar asing yang menuntut dalam negara wajib mengambil subjek Bahasa Melayu. Saya bercita-cita bahasa Melayu menjadi bahasa kedua ASEAN," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka turut akan diperkasakan melalui pemberian kuasa penguatkuasaan kepada DBP

Beliau turut memberi contoh papan tanda di seluruh negara menggunakan bahasa Melayu

Iklan