Seluruh England: Kekuatan mental jadi pemisah

Iklan
Zii Jia FOTO: BADMINTON PHOTO

PENYANDANG juara Seluruh England, Lee Zii Jia menyifatkan perlawanan menentang pilihan kedua, Kento Momota dalam perlawanan suku akhir di Arena Utilita, Birmingham awal pagi Sabtu lebih menjurus kepada aspek kekuatan mental jagoan badminton dunia tersebut.

Malah menurut Zii Jia yang juga merupakan pemain pilihan keempat berkata,"Saya rasa perlawanan pada hari ini lebih kepada perlawanan melawan karakter diri sama juga seperti Momota.

Iklan
Iklan

"Ia lebih kepada satu perlawanan dengan diri sendiri ketika menentang Momota akibat kesan daripada angin yang dirasai sepanjang perlawanan lebih kurang seperti semalam.

"Set pertama Momota pun tidak mampu mengawal permainan dan sejujurnya saya agak terkejut persembahannya pada set pertama. Ini kerana terlalu senang untuk saya mengutip mata kerana sudah 10 ke 11 kali berdepan Momota tidak pernah melihat dia beraksi sebegini.

Iklan

"Pada set kedua saya pun terkesan dengan situasi angin dalam gelanggang pada ketika itu, dan pada akhirnya kami berdua cuba membiasakan diri dengan situasi angin akhirnya lebih kepada kekuatan mental,” katanya.

Pada masa sama Zii Jia mengakui kemenangan ke atas Momota yang juga pemain ranking kedua dunia berjaya mengembalikan semula momentum prestasinya sebelum ini.

Iklan

"Saya tidak boleh kata terlalu yakin dengan kemenangan ke atas Momota, namun ia sedikit sebanyak meningkatkan motivasi diri untuk perlawanan seterusnya.

"Yang penting saya perlu 'enjoy' bagi membolehkan saya memberikan yang terbaik dalam setiap permainan,” katanya.

Zii Jia berstatus ranking ketujuh dunia meneruskan momentum positif dalam kempen Seluruh England apabila menjinakkan Momota 21-7,13-21 dan 21-11 dalam perlawanan sengit yang berlangsung 64 minit.